Photobucket

Tuesday, 28 February 2012

program WAKAF BUKU

aka menderma atau menyumbangkan buku lama..
tak kisah lah buku apa pun..
tapi yang bersesuaian...

so apa lagi ye.... sudi2 kan...
kalo ada persendirian pun..
kami sudi menerima nya...

Monday, 27 February 2012

PESTA BUKU ISLAM

PESTA BUKU ISLAM...
JUMMMM..!!!!!!



PERLANCARAN NILAM DAN WAKAF BUKU 2012


NILAM

Nadi Ilmu Amalan Membaca
NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca adalah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.
Program NILAM ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca di sekolah. Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah pada tahun 1999 dan penilaian pembacaan mereka diteruskan sehingga mereka tamat persekolahan.

MATLAMAT
Program NILAM bertujuan untuk membina tabiat membaca di kalangan masyarakat negara ini,khususnya golongan pelajar.

OBJEKTIF
· Menjadikan pelajar banyak membaca bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan.
· Menggalakkan pihak sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

PELAKSANAAN NILAM
· Rekod Bacaan
Setiap pelajar menyediakan satu rekod bacaan untuk mengisi maklumat buku-buku yang telah dibaca.
· Borang Rekod Bacaan
Guru yang berkenaan kemudiannya menyemak dan mengesahkan rekod bacaan pelajar tersebut.
· Perakuan
Satu perakuan diberikan kepada pelajar berdasarkan rekod jumlah buku yang dibaca.  
· Pengumpulan
Setiap dua bulan sekali guru nilam akan mengambil jumlah terkini nilam
  
 PENGANUGERAHAN NILAM
Tahap PertamaJAUHARI
Tahap KeduaRAKAN MEMBACA
TAHAP JAUHARI
· Membina kemahiran membaca
· Menanam minat membaca yang berterusan
TAHAP RAKAN PEMBACA
· Pelajar yang telah membaca lebih 100 buah buku layak memasuki tahap Rakan Pembaca.
· Mengutamakan aspek 
- Kepimpinan
- Kebolehan membimbing
- Menarik minat orang lain

LAGU NILAM

 

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita

Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi
Korus:

NILAM NILAM anugerah NILAM
Menerangi jalan suram
NILAM NILAM anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari
NILAM!!


P/S: MAJLIS BERJALAN LANCAR...
TAHNIAH KEPADA SEMUA PUSTAKAWAN...;)
TERIMA KASIH SEMUA

Saturday, 25 February 2012

salam pembukaan....

ini merupakan permulaan kepada rebrand pss smk banting...
semoga ini menjadi titik tolak..
kepada semua guru -guru dan pelajar-pelajar smk banting...
kami mengharapkan kerjasama anda semua...

jadi pss in tempat anda mencari sesuatu yang memberi sejuta impak dalam hidup anda....