Photobucket

Wednesday 16 November 2016

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M)



KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M)

Tarikh     :  3 April 2016 – 5 April 2016
Tempat  :  Sekolah Menengah Kebangsaan Banting

Perasmi :  Tuan Haji Nordin Bin Mahmud ( Pengetua SMK Banting )

Pengenalan Aktiviti/Program  :

            Kem Membaca 1 Malaysia 2016 merupakan salah satu program Kementerian Pendidikan Malaysia di  bawah Program Gerakan Tabiat Membaca yang bertujuan membina tabiat membaca dalam kalagan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat.  KM1M Tahun 2016 dilaksanakan pada 13 April 2016 bertemakan ‘Membaca Membina Pemikiran 1 Malaysia’. Pihak sekolah perlu menjalankan aktiviti memaca buku selama 15 minit  pada 13 April  2016 .
  
Tujuan diadakan : Satu usaha berterusan membentuk masyarakat ke arah membudayakan tabiat membaca. 


Objektif  :
  •  Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca di kalangan murid dan guru.
  • Memupuk minat dan amalan membaca di kalangan warga sekolah.
  • Meningkatkan tahap pembacaan di kalagnan murid.
  • Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan cintakan ilmu.


Perjalanan Aktiviti  :
Perjalanan aktviti telah dimulakan dengan  melaksanakan taklimat kepada semua murid dan guru pada hari Isnin dalam Majlis Perhimpunan Rasmi.  Pengisian taklimat adalah makluman tentang tujuan, objektif, tarikh, masa dan tempat perlaksanaan.  Semua diminta membawa koleksi bahan bacaan seperti buku, majalah, jurnal, surat khabar atau lain-lain bahan bacaan ke lokasi pada hari Rabu, 13 April 2016.
Pada 13 April 2016, sesi perasmian program telah dijalankan. KM1M peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Banting telah dilancarkan oleh Tuan Haji Nordin bin Mahmud, Pengetua SMK Banting. Semua guru dan pelajar berkumpul di dataran perhimuanan untuk sesi membaca selama 15 minit. Program membaca selama 15 minit tanpa henti berjalan lancar dengan kerjasama daripada  semua guru dan pelajar.
Bagi sesi petang, KM1M telah dilancarkan oleh  Encik Sharul Azman bin Jaafar Penolong Kanan Petang SMK Banting. Semasa ucapan perasmian, beliau meyarankan para pelajar untuk menjadikan membaca sebagai satu budaya dalam kehidupan. Setelah upacara perasmian, aktiviti diteruskan dengan aktiviti Pertandingan Silang Kata, Pertandingan Melukis Poster dan Pertandingan Merekacipta Bahan Terbuang. Secara keseluruhannya Program Jom Membaca 15 Minit dan pertandingan-pertandingan yang diadakan ini telah dilaksanakan dengan lancar.  Adalah diharapkan pengisian aktiviti ini dapat membentuk warga murid sekolah ke arah membudayakan tabiat membaca.



ucapan perasmian oleh Tuan Haji Nordin Bin Mahmud,
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Banting.

Perasmian oleh Tuan Haji Nordin Bin Mahmud
Barisan pentadbir Smk Banting
Membaca 15 minit tanpa henti di dataran perhimpunan.
Sebahagian pelajar yang terlibat dalam  sesi membaca 15 minit .


Sebahagian pelajar yang terlibat dalam  sesi membaca 15 minit .

Ucapan perasmian oleh Encik Sharul Azman bin Jaafar
Penolong Kanan Petang Sekolah Menengah Kebangsaan Banting
Perasmian Oleh Encik Sharul Azman bin Jaafar


 Peserta Teka silang kata



Pesera Pertandingan Merekacipta Bahan Terbuang

No comments: